Image module

POLISI PRIVASI

Cognisance Sciences (anak-anak syarikatnya dan sekutunya) mahu anda tahu bahawa privasi anda adalah penting kepada kami. Pelanggan kami adalah keutamaan dalam semua yang kami lakukan dan kami berusaha untuk memastikan pengalaman anda dengan Cognisance Sciences adalah sesuatu yang anda ingin lakukan semula dan kongsikan bersama dengan rakan anda. Sebahagian dari komitmen kami untuk anda adalah untuk menghormati dan melindungi privasi akan maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami. Maklumat dibawah ini direka untuk memaklumkan kepada anda tentang maklumat yang kami kumpulkan, mengapa kami mengumpulkan maklumat tersebut, bagaimana kami mengumpulkan maklumat tersebut dan pilihan yang kami tawarkan, termasuk bagaimana untuk mengakses dan mengemaskini maklumat. Sebarang rujukan terhadap “Laman web” kami termasuk laman web Cognisance kami, aplikasi mudah alih dan perisian lain dan sebarang rujukan kepada “Perkhidmatan” termasuk dalam Laman web kami, talian telefon perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan membeli-belah atau produk lain yang ditawarkan oleh Cognisance Sciences. Polisi privasi ini dimasukkan dalam Terma & Syarat kami. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai Polisi Privasi ini, sila hubungi kami melalui Perkhidmatan Pelanggan.

Cognisance Sciences akan mengemaskini Privasi Polisi ini kadang kala. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, atau berkongsi maklumat anda dengan kami, anda bersetuju dan menerima Polisi Privasi ini, termasuk sebarang perubahan atau kemaskini. Kami mungkin membuat ciri tambahan, fungsi, tawaran, aktiviti atau acara yang tersedia kepada anda tertakluk kepada peraturan privasi tambahan atau yang berbeza dengan yang kami nyatakan berhubung dengan peluang tersebut.

Dalam polisi ini,  “maklumat peribadi” bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan individu yang dikenal pasti dan boleh dikenal pasti.

KOLEKSI MAKLUMAT

Maklumat yang Anda Sediakan. Pada masa yang berlainan, anda mungkin memutuskan untuk menyediakan kami dengan maklumat peribadi anda. Anda harus tahu bahawa kami menerima dan menyimpan semua maklumat peribadi (sama ada bertulis atau secara lisan) yang anda berikan kepada kami. Ini termasuk maklumat peribadi yang diberikan kepada kami melalui apa-apa cara termasuk tanpa batasan melalui Laman web kami, melalui e-mel, melalui telefon dan melalui perkhidmatan media sosial (sebagai contohnya Facebook, Twitter, Pinterest). Anda boleh memilih untuk tidak memberi maklumat tertentu, tetapi anda mungkin tidak dapat membeli produk atau memanfaatkan banyak promosi, ciri-ciri atau Perkhidmatan kami. Di samping itu, kami boleh mengumpulkan maklumat mengenai pembelian, alamat bil, alamat penghantaran, jantina, pekerjaan, tarikh lahir, status perkahwinan, ulang tahun, minat dan maklumat kad kredit.

Anda boleh memilih untuk memberi kami nama atau maklumat hubungan lain untuk rakan untuk memanfaatkan rujukan atau program lain untuk menghantar maklumat produk atau hadiah kepada mereka. Tertakluk kepada sekatan yang dikenakan di bawah undang-undang yang terpakai dan melainkan dinyatakan sebaliknya apabila anda memberi maklumat kepada kami, maklumat yang kami kumpulkan tentang anda dan rakan anda boleh disimpan dan digunakan dalam cara yang dijelaskan dalam Polisi Privasi ini.

Maklumat yang Kami Kumpulkan Melalui Cookies dan Teknologi Lain. Cookie adalah fail kecil yang berada di komputer, telefon bimbit atau peranti lain dan membolehkan kami atau rakan perniagaan kami mengenali peranti anda apabila anda kembali ke Perkhidmatan kami dan merekodkan maklumat mengenai penggunaan Perkhidmatan kami.

Kami menggunakan cookies untuk lima tujuan am seperti berikut:

  1. Operasi Penting: Cookies diperlukan untuk membolehkan kami mengendalikan Perkhidmatan kami. Sebagai contoh, mereka dikehendaki untuk membantu anda mengakses kawasan selamat (seperti halaman akaun anda) dan untuk menggunakan ciri-ciri seperti bakul membeli-belah kami.
  2. Prestasi dan Fungsi: Cookies membantu kami untuk meningkatkan prestasi dan fungsi Perkhidmatan kami. Sebagai contoh, cookies membantu kami mengenalpasti anda atau peranti anda apabila anda kembali ke Perkhidmatan kami supaya anda tidak perlu log masuk untuk melihat bakul membeli-belah anda.
  3. Analisis dan Pengubahsuaian: Kami menggunakan cookies analisi dan pengubahsuaian , termasuk cookies pihak ketiga untuk mengumpul maklumat akan bagaiman Perkhidmatan kami digunakan oleh pelawat dan untuk mengukur betapa popular kempen pemasaran kami. Kami menggunakan data yang kami dapat untuk membantu menyesuaikan Perkhidmatan kami untuk anda dan menjadikan kandungan yang anda lihat relevan sebaik mungkin. Kami juga menggunakan tarikh yang kami kumpulkan untuk membantu mengenal pasti dan mencegah penipuan dan untuk menjejaki lawatan dari sekutu atau rakan kongsi kami.
  4. Target/ pengiklanan: Cookies membantu kami untuk mengawal iklan yang anda terima, memberi tawaran khusus dan mengukur keberkesanannya.
  5.  Cookies rangkaian sosial: Cookie membenarkan pengunjung untuk berkongsi halaman dan kandungan kami melalui laman web rangkaian sosial pihak ketiga.

Anda adalah sentiasa bebas untuk menolak cookies jika pelayar anda benarkan; walaubagaimanapun, dengan menolak penggunaan cookies, anda mungkin tidak dapat menggunakan ciri-ciri tertentu dan sebahagian besar Laman web kami. Selain itu, kerana maklumat yang kami terima mungkin bergabung, kami mungkin masih boleh kenalpasti pelayar web anda, komputer atau telefon mudah alih apabila anda mengakses Perkhidmatan kami walaupun anda mematikan cookies. Sesetengah pelayar menggabungkan ciri “Jangan Mengesan” (DNT), apabila ia dihidupkan, isyarat kepada laman web dan perkhidmatan atas talian yang anda tidak mahu dijejaki. Oleh kerana belum ada standard yang diterima untuk memberi respon kepada isyarat pelayar DNT, kami tidak memberi respon kepada mereka sekarang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penggunaan cookies dan cara menghalangnya, sila ke www.allaboutcookies.org, www.youronlinechoices.eu (Eropah) or www.aboutads.info/choices (Amerika Syarikat).

Kami boleh menggunakan atau membenarkan rakan niaga kami untuk gunakan teknologi lain yang serupa dengan cookies untuk tujuan yang sama seperti kami menggunakan cookies, sebagai contoh:

Penjejakan Imej: Kami mungkin menggunakan imej penjejakan (seperti GIF), yang merupakan fail imej kecil yang kami masukkan dalam surat berita e-mel kami, untuk mengetahui sama ada anda membuka atau kongsikan surat berita atau klik ke atas mana-mana kandungan. Maklumat ini memberitahu kami tentang keberkesanan surat berita kami dan membantu kami memastikan kami menyampaikan maklumat yang anda rasa menarik.

Penyimpanan Tempatan: Kami menggunakan penyimpan tempatan (seperti HTML5 atau Flash) untuk tujuan penampang kekerapan dan untuk memberi anda pengiklanan yang berkaitan.

Kami mungkin mengumpul maklumat tentang lokasi dan peranti mudah alih anda, termasuk pengecam unik untuk peranti anda, apabila anda memuat turun atau menggunkan aplikasi mudah alih ini.

PENGGUNAAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Kami boleh menggunakan maklumat yang kami kumpulkan mengenai anda (melainkan jika terhad oleh undang-undang) kepada:

  • Memudahkan pembelian anda dan menyediakan perkhidmatan yang anda minta,
  • Mengesahkan dan mengesar tempahan anda,
  • Menjawab komen, pertanyaan dan permintaan anda,
  • Membandingkan dan menyemak maklumat anda untuk sebarang kesilapan, ketinggalan dan ketepatan,
  • Mengelakkan dan mengesan penipuan atau penyalahgunaan,
  • Menyediakan dan memperbaiki tawaran perkhidmatan dan produk kami, dan membangunkan yang baru,
  • Memperbaiki usaha pemasaran dan promosi dan pengalaman pelanggan secara keseluruhan,
  • Mengenalpasti pilihan produk dan perkhidmatan anda,
  • Menawarkan kandungan yang disesuaikan untuk anda, termasuk dengan menyediakan kandungan dan pengiklanan yang bersesuaian,
  • Memahami demografi, keutamaan, minat dan tingkah laku pelanggan kami,
  • Mengikuti dan memenuhi pertandingan dan promosi lain kami,
  • Proses atas bertindak balas akan permohonan anda untuk peluang kerjaya semasa atau akan datang,
  • Menghubungi anda mengenai produk perkhidmatan (Cognisance Sciences atau rakan kongsi kami) yang kami percaya mungkin menarik minat anda,
  • Mematuhi keperluan undang-undang yang berkenaan dan polisi dan prosedur Cognisance Sciences, dan

Kami mungkin menggabungkan maklumat yang anda sediakan kepada kami dari masa ke semasa dan kami mungkin menggabungkan maklumat tersebut dengan maklumat yang tersedia secara terbuka, dikumpulkan melalui cookies dan teknologi lain, dan maklumat yang kami terima daripada rakan kongsi, sekutu dan pihak ketiga yang lain.

Kami menghargai komen, maklum balas, testimonial anda dan lain-lain yang membantu kami meningkatkan perkhidmatan dan produk kami. Dengan membuat pengajuan sedemikian kepada kami, anda menetapkan hak anda dalam pengajuan kepada kami, seperti yang dihuraikan dalam halaman Terma & Syarat kami.

MAKLUMAT YANG KAMI MUNGKIN KONGSIKAN DENGAN YANG LAIN

Kami mungkin berkongsikan maklumat anda, termasuk maklumat peribadi, seperti berikut:

Entiti Cognisance Sciences: Kami mungkin mengkongsikan maklumat peribadi anda dengan entiti gabungan kami apabila perlu atau wajar untuk kami dedahkan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan di atas.

Penyedia Perkhidmatan: Kami mungkin menggunakan penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk menjalankan perkhidmatan tertentu bagi pihak kami, termasuk: penghantaran, pemprosesn pembayaran, penyimpanan data/ pengurusan, webhosting, pemenuhan pemasangan, pemasangan, pemasaran mel, dan e-mel.

Acara Khas: Jika anda memilih untuk terlibat dalam acara khas (sebagai contohnya, promosi, pertandingan atau undian), Cognisance Sciences mungkin mengkongsikan maklumat anda dengan organisasi yang menyertai acara yang berkenaan.

Berkongsi dengan Syarikat Lain (untuk tujuan pemasaran dan analisis): Kami mungkin mengkongsikan maklumat anda dengan syarikat atau organisasi lain yang mana bukan sebahagian dari Cognisance Sciences. Syarikat dan organisasi ini boleh menggunakan maklumat yang kami kongsikan untuk menyediakan atau membantu syarikat lain menyediakan atau menawarkan kepada anda pasaran produk, perkhidmatan atau peluang dan untuk melakukan analisis data berkenaan penggunaan Perkhidmatan kami.

Rakan kongsi perniagaan kami boleh menggunakan cookies di Laman web kami untuk tujuan am sama yang dikenal pasti dalam Polisi Privasi, termasuk untuk memperbaiki pasaran, produk atau perkhidmatan mereka. Pihak ketiga boleh menggunakan cookies dan teknologi lain untuk mengumpul maklumat mengenai aktiviti atas talian anda dari masa ke semasa dan merentasi laman web yang berbeza. Syarikat yang kami kongsikan maklumat bersama boleh menggunakan maklumat yang kami sediakan kepada mereka, selalunya dengan gabungan dengan maklumat sedia ada mereka, untuk menyediakan anda dengan pengiklanan yang lebih relevan.

Pematuhan Undang-undang dan Perlindungan dari penipuan: (1) apabila kami percaya bahawa adalah perlu untuk mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan, proses undang-undang atau permintaan kerajaan yang berkenaan, seperti permintaan yang sah oleh pihak berkuasa awam, termasuk untuk memenuhi keperluan keselamatan engara atau penguatkuasaan undang-undang: (2) untuk menyiasat, menghalang atau mengambil tindakan mengenai aktiviti haram, penipupan yang disyaki, situasi yang melibatkan ancaman yang berpotensi terhadap keselamatan fizikal seseorang; (3) kepada syarikat dan organisasi lain untuk perlindungan daripada penipuan dan pengurangan risiko; dan (4) untuk menguatkuasakan apa-apa perjanjian yang kami punyai dengan anda.

Pemindahan Perniagaan: Maklumat anda mungkin didedahkan sebagai sebahagian daripada sebarang penggabungan, penjualan aset atau pengambilalihan syarikat, dan juga sekiranya suatu insolvensi, kebangkrutan atau penerimaan, di mana maklumat kes akan dipindahkan sebagai salah satu aset perniagaan Syarikat.

Maklumat Agregat: Kami boleh dan boleh memberi kuasa kepada pihak ketiga untuk mencipta rekod agregat dari maklumat peribadi dengan tidak termasuk maklumat yang menjadikan maklumat tersebut dapat dikenalpasti. Kami boleh menggunakan dan mendedahkan, dan memberikan kuasa kepada pihak ketiga untuk menggunakan dan mendedahkan, agregat maklumat bukan peribadi mengikut budi bicara kami.

KANAK-KANAK DI BAWAH 13 TAHUN

Cognisance Sciences bukan dengan sengaja mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Jika kita mengetahui bahawa kita telah mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, kami akan memadamkan data tersebut dari sistem kami.

PAUTAN

Laman web kami boleh menyediakan pautan kepada laman web pihak ketiga yang berada di luar kawalan kami dan tidak dilindungi oleh Polisi Privasi kami. Kami mengalakkan anda untuk mengkaji semula polisi privasi yang dipaparkan di laman web ini (dan semua).

KESELAMATAN

Kami menggunakan kombinasi teknologi keselamatan fizikal dan elektronik, prosedur dan langkah-langkah teratur untuk membantu melindungi maklumat peribadi anda dari akses, penggunaan atau pendedahan yang tidak dibenarkan. Walaupun kami berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda, kami tidak boleh menjamin atau waranti keselamatan sebarang maklumat yang anda nyatakan atau hantarkan kepada kami.

MENGAKSES DAN MENGEMASKINI MAKLUMAT ANDA

Sekiranya anda telah mencipta akaun Cognisance Sciences, anda boleh menyemak dan menukar maklumat peribadi tertentu yang berkaitan dengan akaun Cognisance Sciences anda pada bila-bila masa dengan log masuk ke akaun anda. Jika tidak, untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah.

SOALAN & MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau ingin mendaftar e-mel untuk pertanyaan yang berkaitan dengan polisi ini, sila hubungi kami dengan cara berikut
Perkhidmatan Pelanggan