Image module

PENAFIAN

Terima kasih kerana melawat laman web Cognisance Sciences (selepas ini merujuk kepada “laman web ini”). Dengan menggunakan laman web ini, anda menerima terma dan syarat berikut yang ditetapkan dalam Penafian ini.

BUKAN NASIHAT PENJAGAAN KESIHATAN

Produk-produk dan kenyataan yang dibuat mengenai produk spesifik pada atau melalui Laman web ini belum dinilai oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan atau pihak berkuasa kesihatan yang lain dan tidak diluluskan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit.

Laman web ini tidak bertujuan untuk menyediakan diagnosis, rawatan atau nasihat perubatan. Produk, perkhidmatan, maklumat dan kandungan lain yang disediakan dalam Laman web ini, termasuk maklumat yang mungkin disediakan dalam Laman web ini secara langsung atau dengan menghubungkan ke laman web pihak ketiga disediakan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk dengan pakar perubatan atau profesional penjagaan kesihatan yang lain berkenaan sebarang diagnosis atau rawatan yang berkaitan dengan perubatan atau kesihatan.

Maklumat yang disediakan dalam Laman web ini dan laman web yang dipautkan, termasuk maklumat berkaitan dengan keadaan perubatan dan kesihatan, rawatan dan produk boleh disediakan dalam bentuk ringkasan. Maklumat di Laman web ini termasuk sebarang label produk atau pembungkusan tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada nasihat dari profesional penjagaan kesihatan. Laman web ini tidak mengesyorkan pengurusan diri sendiri tehadap isu-isu kesihatan. Maklumat di Laman web ini tidak komprehensif dan tidak meliputi semua penyakit, kesakitan, keadaan fizikal atau rawatan mereka. Hubungi profesional penjagaan kesihatan dengan segera sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan kesihatan. Jangan sesekali mengabaikan atau melengahkan nasihat perubatan berdasarkan maklumat yang mungkin anda baca di Laman web ini.

Pautan kepada atau akses dari mana-mana laman web pihak ketiga atau sumber adalah bukan pengesahan mengenai sebarang maklumat, produk atau perkhidmatan. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau prestasi mana-mana laman web pihak ketiga. Penggunaan mana-mana laman web pihak ketiga adalah atas risiko anda sendiri.

Anda tidak seharusnya menggunakan maklumat atau perkhidmatan pada Laman web ini untuk mendiagnosis atau merawat sebarang masalah kesihatan atau sebagai preskripsi akan sebarang ubat atau rawatan lain. Anda harus selalu merujuk dengan profesional penjagaan kesihatan dan baca maklumat yang disediakan (sebarang label atau pembungkusan produk), sebelum menggunakan produk tersebut. Setiap individu adalah berbeza dan mungkin bertindak balas dengan berbeza terhadap produk. Anda perlu merujuk dengan doktor tentang interaksi antara ubatan yang anda ambil dan suplemen pemakanan. Komen yang dibuat dalam mana-mana forum di Laman web ini oleh pekerja atau pengguna Laman web adalah hanya pandangan peribadi mereka sendiri yang dibuat atas kapasiti peribadi mereka sendiri dan bukan kenyataan yang dibuat oleh kami dan juga mereka bukan mewakili kedudukan atau pandangan kami. Penilaian produk oleh pekerja sedia ada atau sebelumnya atau pengguna Laman web ini adalah hanya pandangan peribadi mereka sendiri yang dibuat atas kapasiti peribadi mereka sendiri dan bukan bertujuan sebagai pengganti kepada penjagaan atau nasihat perubatan yang sesuai dari profesional penjagaan kesihatan.

Sentiasa periksa label atau pembungkusan produk sebelum menggunakan sebarang produk. Jika terdapat sebarang percanggahan, pelanggan seharusnya mengikuti maklumat yang disediakan pada label atau pembungkusan produk. Anda harus menghubungi kami secara langsung untuk penjelasan tentang label dan butiran pembungkusan produk dan penggunaan yang disyorkan.

Kami tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang diberikan di Laman web ini berkenaan dengan cadangan mengenai suplemen untuk sebarang tujuan kesihatan. Produk atau kenyataan yang dibuat mengenai produk spesifik belum dinilai oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan atau pihak berkuasa kesihatan yang lain. Produk diet tidak bertujuan untuk merawat, mencegah atau mengubati penyakit. Rujuk dengan profesional penjagaan kesihatan sebelum memulakan sebarang program diet, suplemen atau senaman. Kami tidak membuat jaminan atau waranti berkenaan dengan sebarang produk atau perkhidmatan yang dijual. Kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan untuk maklumat atau perkhidmatan yang disediakan walaupun kami telah dinasihatkan mengenai kemungkinan kerosakan.

PENAFIAN WARANTI

KECUALI SEBAGAIMANA YANG DISEDIAKAN SECARA JELAS YANG BERTENTANGAN DALAM TULISAN OLEH COGNISANCE SCIENCES, LAMAN WEB INI, KANDUNGAN YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA DAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN PADA ATAU YANG BERKAITAN DENGANNYA (“PRODUK DAN PERKHIDMATAN”) ADALAH DISEDIAKAN PADA “SEBAGAIMANA ADANYA” TANPA SEBARANG WARANTI, SAMA ADA SECARA NYATA ATAU TERSIRAT. COGNISANCE SCIENCES MENAFIKAN SEMUA WARANTI LAIN, NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TANPA BATASAN, WARANTI TERSIRAT AKAN KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, TAJUK, DAN BUKAN PELANGGARAN TERHADAP MAKLUMAT, KANDUNGAN DAN BAHAN DI LAMAN WEB KAMI. COGNISANCE SCIENCES TIDAK MEWAKILI ATAU MENJAMIN BAHAWA BAHAN-BAHAN DI LAMAN WEB KAMI ATAU PERKHIDMATAN ADALAH TEPAT, LENGKAP, BOLEH DIPERCAYAI, TERKINI ATAU BEBAS DARI KESILAPAN. COGNISANCE SCIENCES TIDAK MEWAKILI ATAU MENJAMIN LAMAN WEB KAMI ATAU PELAYANNYA BEBAS DARI VIRUS ATAU KOMPONEN LAIN YANG MERBAHAYA.

SOALAN & MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau ingin mendaftar e-mel untuk pertanyaan yang berkaitan dengan polisi ini, sila hubungi kami dengan cara berikut
Perkhidmatan Pelanggan